๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ (๐๐๐๐ญ๐ฎ) โ Satu lagi pencapaian membanggakan buat PDC Properties! Majlis Penyerahan Kunci bagi projek perumahan Taman Cassia Cempaka Fasa 1 dan 2 telah berlangsung di Galeri PDC, Bandar Cassia, Batu Kawan dengan jayanya. Majlis diserikan dengan kehadiran para pembeli serta barisan Ahli Lembaga Pengarah PDC Properties, Ketua-Ketua Jabatan PDC dan warga kerja PDC Properties.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PDC Properties, Tuan Ir. Ismail bin Ishak, diikuti dengan sesi penyerahan kunci secara rasmi kepada para pembeli. PDC Properties ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembeli atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan. Ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh warga kerja PDC Properties serta pihak konsultan dan pihak kontraktor yang komited dan dedikasi bagi memastikan kejayaan projek ini.
Sebagai rekod, projek ini telah berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) secara serentak bagi Fasa 1 dan 2 tanpa sebarang kelewatan, serta mencatat skor Qlassic sebanyak 81%. Ini jelas membuktikan komitmen PDC Properties terhadap kualiti dan kecemerlangan pembinaan di samping terus berusaha mengekalkan prestasi ini dalam projek-projek akan datang.
Rebut peluang untuk memiliki kediaman impian anda di lokasi strategik Bandar Cassia, Batu Kawan!
Unit rumah berkembar dua Tingkat bagi Fasa 2 masih dibuka untuk jualan. Nantikan juga peluncuran jualan Taman Cassia Cempaka Fasa 3 yang akan datang.