Kunjungan Hormat Ke Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Negeri Pulau Pinang

๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ (๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฎ) โ€“Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak PDC Properties ke Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama dalam urusan perniagaan jualan hartanah.
Delegasi PDC Properties diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ismail bin Ishak, bersama Pengurus Kewangan dan Pentadbiran, Encik Izman bin Abdul Halim, serta dua orang pegawai syarikat. Mereka telah disambut mesra oleh Tuan Haji Sazuree Shuib, Pengarah SSM Negeri Pulau Pinang.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah, pemahaman mendalam terhadap aspek pematuhan perundangan yang ditetapkan oleh SSM. Seterusnya, penambahbaikan dalam pengurusan dan operasi perniagaan hartanah di negeri Pulau Pinang dan strategi pemasaran yang lebih berkesan melalui platform media sosial.
Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara PDC Properties dan SSM dalam memastikan kelangsungan perniagaan yang patuh undang-undang dan berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *