Pelancaran Taman Cassia Cempaka Fasa 2 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

CEO PDC bersama CM PENANG dan CEO PDCP

PELANCARAN TAMAN CASSIA CEMPAKA FASA 2

Pada 25 April 2024, PDC Properties Sdn Bhd telah melancarkan produk perumahan yang terbaru iaitu Taman Cassia Cempaka Fasa 2 setelah kejayaan Fasa 1 yang sudah habis dijual. Perumahan Fasa 2 ini memiliki 27 Unit keseluruhannya, terdiri daripada 26 Unit Rumah Berkembar 2 tingkat dan 1 Unit Banglo Eksklusif 2 tingkat.

CM Penang Chow Kon Yeow

Majlis pelancaran yang penuh gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow semasa Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini tengah hari tadi.

Pegangan tanah bagi projek ini adalah berstatus โ€˜Hak Milik Kekalโ€˜ dan harga Taman Cassia Cempaka Fasa 2 bermula daripada RM941,043.00 bagi unit Rumah Berkembar 2 Tingkat dan RM1,786,076.00 bagi satu (1) unit Banglo Eksklusif 2 Tingkat.

Scale Model Cassia Cempaka Fasa 2

Projek pembangunan baharu di Bandar Cassia, Batu Kawan yang akan meliputi projek Taman Cassia Cempaka Fasa 1 hingga Fasa 4 dengan pembangunan seluas 28.4 ekar.

Taman Cassia Cempaka Fasa 2 telah dibuka untuk jualan dan bagi yang berminat untuk mendapatkan rumah idaman anda dengan ciri-ciri eksklusif dan berkepadatan rendah, boleh hubungi talian 04-2401999 untuk maklumat lanjut atau hadir ke ibu pejabat PDC Properties di Bayan Baru, Pulau Pinang untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjadi yang terawal memiliki rumah eksklusif di Bandar Cassia.

Tahniah diucapkan kepada PDC Properties Sdn Bhd!

#pdcproperties #bringingaspirationtolife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *