Anugerah BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Mei 2024. Tahniah diucapkan kepada Projek Cassia Cempaka yang telah dinobatkan oleh The World Brands Foundation (TWBF) sebagai pemenang dalam kategori ‘Most Valuable brand – Elegant Residences 2024’ . Majlis yang gilang-gemilang telah berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Dr KK Johan, Presiden The BrandLaureate.
Pencapaian Projek Cassia Cempaka ini telah menunjukkan dedikasi PDC Properties (PDCP) dalam pembangunan hartanah dan peranannya dalam meningkatkan gaya hidup khususnya di Pulau Pinang. Projek Taman Cassia Cempaka merupakan projek berstatus ‘Hak Milik Kekal’ yang meliputi projek Cassia Cempaka Fasa 1 hingga Fasa 4 dengan pembangunan seluas 28.4 ekar.
Projek Cassia Cempaka Fasa 1 mempunyai 42 unit Rumah Teres 2 Tingkat harga bermula RM625,320.00 dan 16 unit Rumah Berkembar (Semi-D) 2 Tingkat harga bermula RM870,140.00 telah dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Projek Cassia Cempaka Fasa 1 ini dalam peringkat pembinaan dan telah pun habis dijual.
Kini dengan kecemerlangannya, Projek Cassia Cempaka Fasa 2 di Bandar Cassia, Batu Kawan telah dibuka untuk jualan. Pelancaran jualan disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow merupakan perumahan yang selesa dan eksklusif telah dibangunkan dengan 1 unit Banglo Eksklusif Dua Tingkat berharga RM1,786,076.00 dan 26 unit Rumah Berkembar (Semi-D) Dua Tingkat harga bermula RM941,043.00.
Bagi memastikan anda tidak terlepas peluang memiliki salah satu UNIT TERHAD daripada rumah eksklusif di Bandar Cassia, hubungi 04-2401999 untuk maklumat lanjut atau kunjungi ke ibu pejabat PDC Properties di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Tahniah diucapkan kepada PDC Properties Sdn Bhd!