Perjanjian bersejarah bagi Pembangunan Bersama 37,300 unit Rumah Mampu Milik di Bawah Inisiatif Bakat Baru MADANI Dimeterai

Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru Madani antara Penang Development Corporation (PDC) dan PDC Properties (PDCP) dan SkyWorld disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sejarah tercipta!

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan anak syarikatnya, PDC Properties telah memeterai Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru Madani dengan SkyWorld Development Berhad pada 10 Disember 2024 di Hotel St.Regis, Kuala Lumpur.

Projek ini dilihat sebagai pencapaian terbesar dalam sejarah pembangunan rumah mampu milik negara. Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta menyokong agenda Bakat Baru MADANI.

Pembangunan projek Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI akan dilaksanakan di dua lokasi utama di Pulau Pinang, iaitu Batu Kawan dan Seberang Jaya. Rumah-rumah ini akan ditawarkan pada harga antara RM225,000 hingga RM420,000.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Aziz Bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Ir Ismail Bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Properties, YBhg. Datuk Seri Ng Thien Phing, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif SkyWorld serta Lee

Perjanjian pembangunan bersama ini dimeterai antara PDC Properties Sdn Bhd, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan SkyWorld Development Bhd (SkyWorld)

Chee Seng,Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld.

Majlis yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang telah disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Bin Ibrahim, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming serta Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow.

Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh kualiti hidup rakyat Pulau Pinang, memacu pertumbuhan ekonomi tempatan, dan menjamin pemilikan rumah yang lebih meluas bagi golongan yang memerlukan.

Tahniah diucapkan kepada PDC Properties atas pencapaian bersejarah ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *