Tinjauan Kemajuan Projek Taman Cassia Cempaka oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

Pembentangan maklumat projek Taman Cassia Cempaka oleh Ketua Pegawai Eksekutif PDC Properties, Ir Ismail Bin Ishak

Pada 15 September 2024, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyertai program Jelajah YAB Ketua Menteri ke Projek-projek pembangunan Penang Development Corporation (PDC) dan anak syarikat milikan penuhnya, PDC Properties.

Sesi jelajah ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PDC, YBhg. Datoโ€™ Aziz Bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Properties, Ir Ismail Bin Ishak, ketua-ketua Bahagian PDC serta pihak media. Program ini

diadakan bagi meninjau dan memantau kemajuan projek Taman Cassia Cempaka Fasa 1 dan Fasa 2 yang sedang dilaksanakan serta

Tinjauan kemajuan projek Taman Cassia Cempaka oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang

keupayaan PDC Properties dalam memastikan projek tersebut siap dibina dengan kualiti seperti yang ditetapkan.

Dalam sesi jelajah tersebut, PDC Properties telah memberikan maklumat mengenai projek Taman Cassia Cempaka yang melibatkan empat fasa, bermula Fasa 1 hingga Fasa 4 dengan pembangunan seluas 28.4 ekar.

Fasa 1 projek tersebut telah dilancarkan pada 16 Mei 2023 dan telah pun habis dijual. Ia dijangkakan siap dibina pada penghujung tahun ini. Manakala Fasa 2 kini dibuka untuk jualan terdiri daripada 27 unit secara keseluruhannya, iaitu 26 unit Rumah Berkembar 2 Tingkat dan 1 unit Banglo Eksklusif 2 Tingkat.

Bagi yang berminat untuk memiliki salah satu unit rumah eksklusif di Bandar Cassia dengan pegangan tanah berstatus ‘Hak Milik Kekal’, anda boleh menghubungi talian 04-2401999 untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kediaman serba mewah ini!

Tahniah diucapkan kepada PDC Properties!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *