Taman Damai Lestari: Transformasi Landskap Pembangunan di Bertam, Kepala Batas oleh PDC Properties

Majlis Pra Pelancaran Projek Perumahan Damai Lestari, Bertam, Kepala Batas telah Disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang

Pada 19 Disember 2024 (Khamis), Majlis Pra Pelancaran Projek Perumahan Damai Lestari, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang telah diadakan di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sempena Majlis Sambutan Hari Natal 2024 dan Tahun Baru 2025.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, bersama YB Lim Siew Khim, EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YBhg. Dato’ Aziz bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Dato’ Mohammad Azhar bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan, dan Ir. Ismail bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Properties.

Rumah Berkembar 2 Tingkat, Projek Perumahan Damai Lestari, Bertam, Kepala Batas yang berkeluasan tanah 2,528 kaki persegi

Projek Perumahan Damai Lestari terletak di kawasan strategik di Bertam, Kepala Batas.  Lokasinya berada berhampiran dengan pejabat-pejabat Kerajaan, hospital serta berhampiran akses ke lebuh raya PLUS dan BKE, menjadikannya pilihan ideal untuk didiami. Ia meliputi keluasan tanah seluas 4.481 ekar. Projek ini menawarkan 28 unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan tanah antara 1,430 KP hingga 1,966 KP, serta 20 unit rumah berkembar dua tingkat dengan keluasan tanah 2,528 KP.

Dengan jumlah unit berkepadatan rendah serta berstatus pegangan bebas (freehold), projek perumahan ini sesuai bagi mereka yang mementingkan kehidupan eksklusif yang beraspirasi. Projek ini dijangka mula dibuka untuk jualan pada suku pertama 2025.
Pendaftaran kini telah dibuka! Anda boleh mendaftar melalui website di bawah
atau boleh terus hubungi  di talian ☎️ 04-240 1999
https://damailestari.com.my/

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *