Pada 17 Julai 2023, PDC Properties telah mengadakan majlis menandatangani perjanjian jual beli bagi projek Taman Cassia Cempaka Fasa 1 yang telah dibuka jualan pada 15 Jun 2023 yang lalu. Seramai 12 pembeli telah dijemput bagi majlis tersebut yang telah diadakan di Galeri Jualan PDC Properties.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Aziz Bin Bakar, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) merangkap Pengerusi PDC Properties. Turut hadir bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PDC Properties, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Properties serta pihak bank dan peguam yang terlibat.
Sebagai rekod, pelancaran projek Taman Cassia Cempaka ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Datoโ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razakย pada 16 Mei 2023 yang lalu.
Projek Taman Cassia Cempaka Fasa 1 ini sedang dalam proses pembinaan, mempunyai 58 unit kediaman merangkumi 42 unit rumah teres dua tingkat (bermula dari RM625,320) dan 16 unit rumah berkembar dua tingkat (bermula dari RM870,140) dengan pegangan tanah adalah hak milik kekal (freehold).
Para pelanggan yang berminat untuk memiliki rumah idaman di Taman Cassia Cempaka, Bandar Cassia Batu Kawan boleh hadir ke Galeri Jualan PDC Properties di Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu No. 1 Persiaran Mahsuri 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang atau hubungi +6042401999 untuk maklumat lanjut berkenaan projek ini.
Tahniah diucapkan kepada para pembeli dan PDC Properties Sdn Bhd!
#pdcproperties #bringingaspirationtolife #420 #ketenangandidalamjangkauanmu