Pelancaran Projek Cassia Cempaka dan Pejabat Baru PDC Properties oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak bersama KM Pulau Pinang dan CEO PDC Properties

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menandatangani plat perasmian pejabat PDC Properties
Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menandatangani plat perasmian pejabat PDC Properties diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi PDC, YAB Tuan Chow Kon Yeow

Bersempena Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) 2023 yang telah diadakan pada 16 Mei 2023,berlangsungnya Perasmian Pejabat Baharu PDC Properties Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat PDC.

Perasmian yang gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi PDC, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Pegawai Eksekutif PDC, YBhg. Dato’ Aziz bin Bakar, barisan tetamu kehormat dan dif-dif jemputan.

Dalam majlis tersebut juga, PDC Properties Sdn Bhd telah melancarkan projek pembangunan baharu Cassia Cempaka di Bandar Cassia, Batu Kawan yang akan meliputi projek Cassia Cempaka Fasa 1 hingga Fasa 4 dengan pembangunan seluas 28.4 ekar.

Projek Cassia Cempaka Fasa 1 yang telah dilancarkan ini mempunyai 58 unit kediaman merangkumi rumah teres 2 tingkat (harga dari RM625,320.00 ke atas) dan rumah berkembar 2 tingkat (harga dari RM870,140.00 ke atas) dengan pegangan tanah adalah hak milik kekal.

Tahniah diucapkan kepada PDC Properties Sdn Bhd!

#pdcproperties #bringingaspirationtolife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *